Sunday, December 6, 2009

moga abah cepat sembuh...



Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..

Baru semalam mendapat khabar dari adik,,katanya tangan abah retak..aduh,,hiba sungguh rasa hati ini..tangan yang gigih mencari rezeki untuk kami sekeluarga telah ditimpa musibah..kecelakaan yang menimpa abah ketika bersukan tempoh hari menyebabkan abah dicutikan selama 3 minggu..

alhamdulillah ala kulli hal..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..ketika ini usia abah hampir mencecah 53tahun..mungkin inilah masanya untuk abah berehat seketika sebelum meneruskan semula usaha mencari rezki yang pastinya tak kan jatuh dengan sendirinya..

Lihatlah abah,,masih tersenyum dalam kesakitan..hakikat di hati,hanya Allah yang tahu..senyuman itu yang selalu memberi semangat pada diri ini..senyuman yang mengajar erti kesabaran n ketabahan..begitulah abah..banyak yang aku kagum padanya..
terima kasih mak abah..

Buat leha,ajib dan upi,jaga mak abah elok-elok ye..kakak cuma dapat iringkan doa dari perantauan,moga abah cepat sembuh..allahumma ameen..

Tuesday, October 27, 2009

hadiah dari mak liqo'..

Pejuang…
Dunia hari ini menyaksikan kegersangan..
Pewaris agung risalah baginda Rasulullah S.A.W..
Tegarkah dirimu melihat keagungan Islam kian lenyap..
Hilang di bawa arus ketamadunan dunia yang kian pudar serinya..
Hari demi hari tanpa meninggalkan kesan..
Sanggupkah kalian menemui Rabbul Izzati bersama amanah
yang belum tertunai??
Sanggupkah???

Mujahid..Mujahidah..
Perjuangan kita masih belum selesai..
Selagi nyawa di kandung badan..
selagi mata masih bersinar..
Selagi urat masih berdenyut..
selagi matahari belum terbit di barat..
Selagi Islam belum terpasak di bumi..
Selagi itulah amanah ini belum selesai....

Wahai sahabat sekalian...
siapkanlah diri kalian sebaik mungkin untuk menempuhi..
dugaan yang bakal mendatang..
bekalkan dirimu dengan KEIMANAN dan KETAQWAAN..
agar bisa menjadi seperti para sahabat terdahulu..
Adakah ruang itu masih berbaki untuk kalian perbaiki kesilapan lalu..
Membiarkan Islam di tindasi kafir durjana? Masih adakah???

Ingatlah wahai pejuang...
Dalam meneruskan amanah ini pelbagai dugaan yang mendatang..
Hadapilah ia dengan kesabaran dan ketaqwaan...
Janganlah mengira dugaan secubit dugaan ini..
diri kalian lemah..
dan semangat pudar..
Kalian futur sebelum tiba saat dan waktunya..

Marilah wahai pejuang sekalian..
Kita mengorak langkah bersama berganding..
menunaikan hak dan amanah ini..
Jangan kalian putus asa,
Bukankah kalian mahu Islam bersinar gemilang???

Ingatkah kalian...
Ikrar dan janji kalian sewaktu tika dahulu?
”diriku ini ku wakafkan hanya untuk Islam,
selagi mataku masih belum terpejam,
selagi jasadku belum diselimuti tanah”

Pejuang sekalian..
seandainya langkahmu terhenti..
Corakilah semula!!
sabar dan kuatkan kembali semangat!!
Sememangnya hidup sebagai JUNDULLAH itu penuh kegetiran..
Thabatlah kalian wahai pejuang di jalanNYA..

Ingatlah syurga yang dijanjikan buat kalian..
Biarlah segetirmana dugaan yang mendatang..
Ianya hanya seketika cuma di dunia ini..
Takbir...Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar!!!!

jazakillahu khaira jazak buat mak liqo'ku,mak n abah juga seluruh sahabat seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan dan galakan dalam setiap gerak langkah perjuanganku..diri ini rasa teruji dengan amanah yang Allah beri buat kali ini..ia bukanlah satu tasyrifan malahan ia adalah taklifan dan tarbiyah dari Allah s.w.t..tanggungjawab ini sangat besar..demi Islam sanggupku korbankan segala-galanya..ya Allah,pandulah gerak langkahku,moga aku dapat menjalankan amanah ini sebaik mungkin..

Wednesday, September 23, 2009

seminggu berbaki..



Rabu depan ruang tamu ini bakal ku tinggalkan buat beberapa tahun lagi.Tak sanggup rasanya untuk pergi lagi,tapi aku harus tabah.Perjuanganku dalam menyambung cita-cita abah masih belum sampai ke garisan penamat.Suatu ketika dahulu abah teringin benar hendak menyambung pengajian di bumi Mesir.Tapi apa kan daya,abah kurang bernasib baik.Dahulu nak berhubungan dengan kawan susah.Tau-tau sahaja kawan seangkatan abah sudah berangkat ke Mesir.Abah layak,cuma terlepas penerbangan.Kasihan sungguh abah..



Terima kasih abah,kerana cita-cita abah Allah lorongkan hatiku ke bumi Mesir.Bersyukur dapat belajar di bumi anbiya' ini,banyak mutiara berharga yang boleh di ambil.Abah ada berpesan,,"habiskan mengaji sebelum abah pencen".Punyai maksud yang begitu mendalam bagiku.Aku punya masa 3 tahun lagi.Insya-Allah abah,nana cuba sehabis baik.

Hari ini aku menjadi penyambung cita-cita abah.Moga aku juga menjadi mata rantai perjuangan Nabi s.a.w.Aku tidak pernah memulakan perjuangan,tapi aku tidak mahu menjadi orang yang memutuskan mata rantai perjuangan.Ya Allah,pimpinlah hambaMu yang lemah ini..

Mungkinkah tahun akan datang aku akan berjumpa mak & abah lagi??Semuanya dengan izin Allah.Aku harus bersedia dengan segala kemungkinan.Allah lah sebaik-baik Pemelihara...

Friday, September 18, 2009

Monday, September 14, 2009

masih jauh..



Masih jauh rasanya..terasa hina benar diri ini pabila membaca kisah salafussaleh yang khusyuk dalam solatnya..

1-Saidina Umar r.a

Ketika hendak berwudhuk,beliau pernah ditegur oleh salah seorang sahabat,"Hai Umar,demamkah engkau kerana kelihatan seperti orang sakit."pertanyaan tersebut telah menyentuh hati Saidina Umar lalu beliau menjawab,"Hai saudaraku,tidakkah engkau tahu dengan siapa aku hendak berhadapan?"

Disini dapatlah kita memahaminya bahawa tatkala ketika beliau hendak menunaikan solat datang perasaan takut dan gerun dalam diri beliau sehingga wajahnya berubah seperti wajah orang sedang uzur dan seluruh anggotanya menjadi gementar.Keadaan ini sekurang-kurangnya lahir dari dua perasaan yang timbul di hati beliau

a-Saidina Umar merasa insaf bahawa ketika mendirikan solat,beliau akan berhadapan dengan Allah S.W.T yang Maha Besar.Beliau bimbang kalau cara beliau melakukan solat itu tidak sesuai dengan kebesaran Allah S.W.T.

b-beliau merasa cemas kerana solat merupakan pembaharuan sumpah setianya kepada Allah SWT.Di samping itu beliau menyedari entah berapa ratus kali beliau telah menyatakan sumpah kepada Allah pada hal sumpah-sumpah yang lalu telah ditunaikan entah belum.Kini beliau sekali lagi hendak memperbaharui ikrar tersebut.

2-Saidina Ali bin Abi Talib

Ketika betisnya dipanah musuh,beliau telah berpesan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat sunat.Beliau sedikitpun tidak berganjak atau menunjukkan tanda-tanda kesakitan ketika panah tersebut dicabut dari betisnya.Ini menunjukkan bahawa beliau telah menanamkan benih khusyuk itu sejak dari luar solat lagi,maka mudahlah khusyuk subur ketika didalam solat.

3-Ali Zainal Abidin

Ali Zainal Abidin adalah cucu kepada Rasulullah s.a.w Ketika sujud beliau tidak menyedari rumahnya dijilat apiapabila ditanya mengapa beliau tidak memperdulikan jeritan dari mereka yang memberitahunya akan kejadian itu,lalu dijawab:"Aku telah lupa kerana sibuk memikirkan api Neraka yang lebih besar."

4-Ammar bin Yasir dan Abbad bin Bashar

Kedua-duanya telah menawarkan diri masing-masing untuk menjaga khemah Nabi.Kedua-dua mereka telah ditugaskan berjaga-jaga disebuah puncak sebuah bukit berdekatan dengan tempat Nabe berehat.Kata Abbad kepada Ammar:"Marilah bertugas bergilir-gilir.Bagi separuh masa yang pertama aku akan berjaga supaya kamu dapat melelapkan matamu.Kemudian engkau pula berjaga supaya aku pula dapat tidur."

Ammar bersetuju.Dia pun merehatkan dirinya lalu tidur dengan nyenyaknya.Sambil menjalankan tugasnya Abbad telah mendirikan solat.Seorang peninjau pihak musuh telah melihatnya lantas melepaskan anak panah yang menembusi badan Abbad.Melihat keadaan Abbad yang masih berdiri tegak itu si peninjau tadi melepaskan lagi dua anak panahnya.

Abbad kemudiannya mencabut ketiga-tiga anak panah tersebut lalu mengejutkan Ammar.Apabila askar musuh itu melihat kedua-dua orang sahabat tersebut,dia pun melarikan diri kerana menyangka ada ramai lagi askar-askar di situ.Melihat badan Abbad yang berdarah itu,Ammar berkata:"subhanallah!".Mengapa engkau lambat membangunkan aku?".

Abbad menjawab:"Dalam Khiraat saya,saya telah membaca surah Al-Kahfi dan saya enggan memendekkannya.Apabila anak panah yang ketiga melekat di badan saya,saya berasa bimbang mengenai keselamatan Rasulullah.Saya pun segera menamatkan solat saya lalu mengejutkan kamu.Kalau tidak kerana itu sudah tentu saya akan menamatkan pembacaan surah Al-Kahfi sebelum rukuk walaupun saya terpaksa mati dipanah oleh musuh itu."

Oleh kerana asyik membaca Al-Quran,Abbad tidak gentar dengan senjata musuh.Nikmat pembacaan Al-Quran menyebabkan dia lupa kan badannya yang sakit dan berdarah itu.Subhanallah!!

Bagaimana dengan keadaan solat kita ya,,baru kene gigitan nyamuk seekor pun kita sudah gelisah dalam solat..sungguh,aku masih jauh..

Sejarah telah membuktikan para sahabat mampu menumpas dan menguasai Rom dan Farsi hanya dengan memperkemaskan ibadah mereka.Sallahudin Al-Ayyubi menekankan kepada bala tenteranya supaya bersungguh-sungguh mengamalkan amalan sunat seperti bersugi,membaca Al-Quran dan bersolat malam.Berkat dari solat dan khusyuk itu akhirnya kita berjaya merempuh kota Konstantinopel,sebuah benteng pertahanan yang cukup kuat ketika itu.

"Ya Allah,ya Tuhanku,tidak ada apa-apa yang dapat menghalangkan apa-apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau halangkan dan kekayaan tidak memberi manfaat daripada Engkau bagi si kaya.Wahai Tuhanku,tolonglah aku untuk mengingatiMu,mensyukuri Engkau dan mengelokkan ibadah kepada Engkau."

Thursday, September 10, 2009

reunion 6 stam samth bech 2006



ATUR CARA PROGRAM :

*Pendaftaran
*Ucapan pengerusi majlis
*Ucapan pengarah program
*Mesyuarat agung
*Solat zohor
*Pengalaman IPT / multimedia
*Solat asar
*Majlis berbuka puasa
*Slide show
*Solat maghrib
*Makan malam
*Titisan semangat
*Solat sunat tarawih
*Bersurai...

Sunday, September 6, 2009

Selamat bersahur adik-adik baru..


Baru sebentar tadi berchatting dengan sahabat-sahabat di Mesir.Mereka sedang rewang membuat persediaan sahur.Sedap sungguh menu nasi lemak yang bakal dinikmati nanti.Inilah bukti kasihnya senior-senior pada adik-adik sekalian.Kalau di rumah dahulu ibu yang mengejutkan kita untuk bangun sahur,kini senior-senior yang ada di sekeliling adik-adiklah yang menggantikan tempatnya.

Buat adik-adik..
Tak terlambat rasanya untuk akak ucapkan "ahlan wasahlan wa marhaban bikum" ke bumi mesir.Tanamkan azam dalam diri,kuatkan semangat untuk mencapai cita-cita yang diimpi.Sebelum melangkah memulakan pengajian,carilah senior-senior yang cemerlang,timba pengalaman dari mereka sebanyak-banyaknya,dari sudut teknik belajar terutamanya.Moga satu hari nanti kalian menjadi insan yang berbakti pada agama,bangsa dan negara.

Selamat bersahur semua!jumpa lagi di penghujung september nanti..

Thursday, September 3, 2009

TARIAN POCO-POCO MEMBENTUK SALIB???


Teringat perbualan dengan raisah PMRAM isnin lalu sewaktu dalam perjalanan ke Masjid Negeri,Shah Alam.Beliau mendapat maklumat bahawa tarian poco-poco yang sudah biasa dalam kalangan kita rupa-rupanya membentuk salib,hasil dari kiriman e-mail sahabatnya.Bila difikirkan semula,ada benarnya juga.Jadi hari ini ana cuba mencari maklumat mengenai fakta tersebut dan hasilnya ana menjumpai link ini:

http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari perbuatan kita yang lepas..
Ya Allah,ampuni dosa-dosa kami..

Tuesday, September 1, 2009

belajar,belajar & terus belajar..

~ERTI SYUKUR~

Kalimah syukur cukup bermakna buat hamba yang kerdil lagi hina ini.Syukur tidak terpenuh pengertiannya dengan hanya melafazkan kalimah "alhamdulillah".Ia juga perlu dibuktikan dengan amal perbuatan.Syukur mendorong seseorang hamba itu menggunakan segala nikmat untuk kebaikan dan merasa senang atas segala ujian.

Firman Allah s.w.t :

"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah,niscaya kamu tidak ciri menghitungnya." (surah Ibrahim.34)

"Dan barangsiapa yang bersyukur,maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri,dan barang siapa yang kufur (tidak syukur),maka sesungguhnya Tuhanku Maha kaya (tidak membutuhkan sesuatu) lagi maha mulia"(QS An-naml:40).

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu,dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih " (QS Ibrahim: 7).

Dalam ayat yang menceritakan Nabi Sulaiman dikatakan,"Ini adalah sebahagian anugerah Tuhanku untuk menguji apakah Aku bersyukur atau Kufur".(QS An-Naml: 40)

Dalam surah al- A'raf: 17, Iblis sang penggoda dan menyesatkan berkata, "Dan Engkau (Tuhan) tidak akan menemukan kebanyakan dari mereka (manusia) bersyukur".

Dalam hadits riwayat Tirmidzi di sebutkan, "Allah senang melihat bekas (bukti) nikmat-Nya dalam penampilan hambanya."

Maka dengan itu terlahirlah blog ini sebagai tanda kesyukuran kerana Allah telah menyediakan nikmat komputer dan internet kepada umat manusia.Ruang dakwah ni,rugi rasanya kalau tak digunakan.Tidak pandai menulis,itulah kalimah yang sesuai untuk diri ini.Tetapi bakat boleh dipupuk bukan??Semoga kewujudan blog ini menjadi motivasi kepada penulis untuk belajar,belajar dan terus belajar sehinggalah satu hari nanti mampu untuk memberi,memberi dan terus memberi untuk kebaikan agama Allah s.w.t.Mohon doa kalian..

Wednesday, August 26, 2009

IKLAN COLGATE..HEHE

Tuesday, August 25, 2009

AMBIL MUDAH..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


FIRMAN ALLAH S.WT :
"Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat mereka"
(Surah An-Nur : 31)


sudah lama aku perhatikan situasi ini..satu hari aku berkata kepada adik.."dik,,kalau keluar depan rumah tu pakailah tudung..aurat tu.."adik mengerutkan dahi,,lalu berkata.."ala kak,,depan rumah jer..bukan ada orang nampak pun..ani,yuna n kira tu elok jer..depan rumah jer kak..xpe yer??"
hmm..aku menarik nafas panjang..sungguh,,dakwah itu seni..harus bijaksana waktu menyampaikannya..lebih sukar lagi bila berhadapan dengan kaum keluarga sendiri..
"dik,,bukan ker aurat ni kita kene jaga dari pandangan orang yang bukan muhrim kita..???"..sengaja aku tinggalkan persoalan ini kepada adik tanpa menghuraikan jawapannya..
aku faham,faktor persekitaran membuatkan adik sukar untuk berubah..bukan tak mahu,,tapi adik perlukan sedikit masa..soal aurat memang kurang dititik beratkan oleh jiran tetanggaku..seolah-olah pemakaian tudung itu ada had kawasannya,,xperlu memakai tudung bila hanya keluar bersembang dihadapan rumah meskipun ahli lorong kami bukan semuanya wanita..semestinyalah pada waktu petang si ayah pulang dari kerja dan si bujang akan keluar untuk bermain bola..
ya,,mereka lebih baik dari mereka yang lansung tidak mahu memakai tudung,,akan tetapi alangkah lebih baik lagi jika mereka memahami konsep bertudung itu sendiri..
bagaimana harus aku sampaikan kepada mereka ya..???ini tanggungjawab aku!!hmm,,stakat ini aku hanya mampu berkata dengan perbuatan sahaja..mudah-mudahan satu hari nanti adik dan juga mereka(jiran tetanggaku)faham akan maksudku..ya Allah,bantulah hambaMu ini..tunjukkan kami jalan yang benar..
allahumma ameen..

YA ALLAH..

“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa

Di dalam bulan ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan

Malam apakah ini ?
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam

Ya Allah
Yang memberi
Kemaafan
Maafkanlah kami
Semua hamba-hambaMu...

ALLAHU AKBAR

Takbir!!alhamdulillah..dengan izin Allah sekali lagi Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya kali ini dengan majoriti 4551 undi..tahniah diucapkan kepada calon PAS Dun Permatang Pasir Mohd Salleh Man..moga kemenangan ini memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia,,di Dun Permatang Pasir khususnya..aha,selamat hari lahir diucapkan kepada Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar yang kebetulan sama dengan tarikh pilihan raya kecil kali ini..sungguh,,beliau telah mendapat hadiah yang paling istimewa,,moga Allah merahmatimu..akhir kata salam juang buat semua!!

Sunday, August 23, 2009

sambungan..

2-Kuasa Barat dengan teknologi yang mereka ada terutama teknologi peperangan telah menggunakan teknik kekerasan untuk menumpaskan sebarang bentuk perlawanan kepada mereka.Perancis di Morocco,Algeria & Lubnan,Syria telah membantai pejuang-pejuang kemerdekaan tanpa belas kasihan.Dendam perang salib mereka sangat dalam dan menghiris,ulama-ulama diseret ke penjara padang pasir,diseksa sehingga menemui kesyahidan,ada yang mati di tali gantung seperti Tuan Guru Hassan bin Munas di Kelantan.Belanda.
Di Mesir Sir Lord Kitcherner pada tahun 1911 pernah menyebut "setiap kekacauan yang timbul akan ditupaskan dengan kekerasan,British tidak berniat sedikitpun untuk meninggalkan Lembah Nil,diperingatkan kepada bangsa Mesir meninggalkan kegiatan politik dimana mereka begitu bodoh dan lebih baik menumpukan seluruh perhatian kepada pertanian dimana mereka begitu pandai"

3-Ulama-ulama yang terppengaruh dengan idea-idea islah dan tajdid yang dikemukakan oleh syeikh Jamaluddin Al-Afghani,Syeikh Muhammad Abduh,Rashid Redha juga aktif menyebarkan ide mereka melalui buku-buku akhbar dan majalah.Di antaranya seperti 'urwatul al wuthqa' yang hanya mamapu dikeluarkan sebanyak18 keluaran sahaja,majalah ini diharamkan oleh penjajah untuk beredar di Mesir,India & Iran.Halangan-halangan kepada bahan penerbitan oleh kelompok Pan Islamisme juga berlaku di negara seperti Indonesia,Tanah Melayu,algeria,Lubnan,India,Morocco dan sebagainya.

4-Penjara dan pengasingan adalah cara yang berkesan untuk mengendurkan suara ulama-ulama progresif,seperti yang dialami oleh Jamaluddin Al Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.Muhammad Abduh telah dipenjarakan dan dikenakan pelbagai sekatan dilakukan termasuk dibuang negeri.Pemikirannya dianggap mencetuskan suasana tegang kepada penjajah melalui konsep pan islamisme yang akhirnya sangat mempengaruhi umat Islam untuk bersatu menentang penjajahan barat.Beliau pernah dibuang selama enam tahun serta telah menyongsong laluan gurunya ke Perancis.

5-Bagi mengembangkan pendidikan sekular,British telah menubuhkan sekolah vernakular untuk menarik pelajar-pelajar pelbagai bangsa ke sekolah.Untuk menarik minat orang melayu maka Inggeris telah menyelitkan pendidikan Al Quran.Di antara undang-undang yang telah ditegaskan ialah;(i)The koran may be taught in the school,but it must be kept stricky separated from the Malay. (ii)The morning lessons must be devoted to instructions in Malay.The Koaran must be confined to the afternoon.

6-Penjajah Barat dengan sedar telah menanam sekularisme yang muncul di Barat pada abad ke-24.Negara tanah jajahan telah diracuni dengan fahaman ini melalui sistem politik dan pendidikan barat yang diperkenalkan oleh mereka.Islam telah diasingkan daripada pemerintahan,contohnya Perjanjian Pangkor 1874 merupakan manifestasi daripada fahaman ini apabila British menyerahkan soal agama Islam kepada Raja-raja Melayu.Menyemai benih-benih sekular adalah strategi pembatalan yang sangat berkesan dan dibuat dengan teratur serta berperancangan.Perkara yang amat didakyahkan oleh pelopor-pelopor pembaratan itu ialah pemisahan ilmu dari agama dan pemisahan agama dari negara,sebagaimana yang disebut oleh Gibb,"usaha-usaha pembaratan inimembolehkan Islam turundari atas singgahsananya sehingga menyebabakan sistem-sistem pengadilan,kemasyarakatan,pengekonomian dan pendidikan tidak dipakai lagi".

7-Penjajah Barat juga mengambil langkah mendiamkan para ulama' dengan tidak dibenarkan berkhutbah,berceramah,atau mengajar (malah kadang kala mereka yang menentukan tauliah mengajar agama kepada ulama oleh pihak berkuasa agama tempatan.)

Saturday, August 22, 2009

MERDEKA DALAM RAMADHAN??

31 Ogos 2009 semakin hampir..tahun ini rakyat Malaysia bakal meraikan hari kemerdekaan dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan..bagaimana agaknya suasana sambutan hari kemerdekaan ke-52 yang bakal berlansung nanti yer..???


Mari kita lihat bagaimana strategi penjajah barat dalam melemahkan perjuangan umat islam hasil pembacaan saya dalam buku 'ulama'dalam sorotan perjuangan kemerdekaan' hasil karya Riduan Mohamadd Nor & Mohd Fadli Ghani.Antara langkah-langkah yang diambil ialah:

1.Mewujudkaan konflik diantara ulama'
2.Menghancurkan kebangkitan dengan kekerasan
3.Menyekat bahan penerbitan ulama'-ulama' progresif
4.Mengasingkan ulama' pejuangdaripada masyarakat awam
5.Meminggirkan pendidikan agama
6.Menyebarkan fahaman sekularisme
7.Menebarkan kesesatan serta memasung mulut ulama' yang haq

Penjajah sama ada British,Belanda,Perancis,Portugal,Itali telah melakukan modus operandi yang sama untuk menghalang alim ulama'daripada menyuntik kesedaran bagi menentang penjajahan.Tindakan mereka sama ada secara keras dan lembut sekurangnya telah berjaya melenturkan kebangkitan sebagaimana yang berlaku di banyak negara akibat daripada liciknya 'jerangkap samar yang dipasang'.

1-Mereka mewujudkan konflik diantara ulama' bagi membuka ruang perpecahan di tanah jajahan.Ini kerana perpaduan rakyat adalah hal yang paling ditakuti kerana ia akan menyemarakkan penentangan terhadap mereka.Di Tanah Melayu,british telah menghasut istana supaya menghalang penyebaran idea golongan reformis islam.Berselindung tentang bahaya wahabi yang menentang khurafat dan bidaah yang sebenarnya mereka sangat takut kepada idea pan islamisme yang akan menjadi pemangkin kepada penentangan kepada penjajah.Malangnya pula ada ulama' yang berkonflik dalam perkara-perkara furu' sehingga melupakan perjuangan menentang penjajah.Mereka bertempur bermati matian tentang persoalan talkin,qunut,doa selamat,baca al-Quran di atas kubur,merayakan maulid Nabi s.a.w dan sebagainya...

bersambung...

Friday, August 21, 2009

1 RAMADHAN . . .

Alhamdulillah,,setinggi2 kesyukuran,,Allah jua yg telah menyampaikan kita kepada Ramadhan kali ini..
di awal pagi 1 ramadhan..

seusai kami bersahur,,
abah mengajukan soalan kepada kami sekeluarga :

"kenapa kita MENYAMBUT bulan puasa??"
lalu kami pun masing-masing memberikan jawapan:

MAK : untuk merasai kesusahan orang yang kurang berkemampuan
AJIB: kerana ia adalah rukun islam yang ketiga

hmm,abah menggeleng kepala untuk kedua-dua jawapan tadi..
lalu aku pun memberi jawapan :

surah al- baqarah ayat 183 :
"wahai orang yg beriman!Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu.mudah-mudahan kamu bertaqwa kepada Allah.."

aku menyangkakan jawapan aku betul,,
tapi abah memberikan jawapan seperti berikut:

>>kerana setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja,,dengan ini diisytiharkan bahawa tarikh berpuasa JATUH pada....."

rupanya,,abah hanya igin berjenaka..hahaha
bulan puasa jatuh,,so kita kne la sambut..hehe
a'la kulli hal,,aku bersyukur kerana skurang-kurangnya family aku tahu mengapa mereka berpuasa..

untuk tujuan dakwah,,soalan-soalan berbentuk jenaka ini mampu mengesan sejauh mana pengetahuan agama mad'u kita..

say alhamdulillah..

Thursday, August 20, 2009

J U M A A T...

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".


teringat sahabat2 kat mesir..
klu hari jumaat ni semua gi usrah..
berkongsi maklumat,,bertukar-tukar pandangan..
tazkirah,kisah nabi n isu-isu semasa..
best!!
bile terserempak sahabat2 di jalan mesti dorg tanya
"dah bace surah al kahfi hari ni???"
kenapa mereka bertanya???
kerana...

Dari Abi Darda r.a, Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat di permulaan Surah Al Kahfi, terselamat dari dajal dalam riwayat yang lain di akhir Surah Al Kahfi.
Diriwayatkan oleh Muslim.

Dari Abi Said Al Khudri r.a berkata: Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat dia akan diterangi dengan cahaya di antara dua Jumaat.
Diriwayatkan oleh Al Hakim dan Al Baihaqi.
Hadis di atas adalah sahih.

hmm,begitulah sahabat2..
so,,selamat beramal!!=)

Wednesday, August 19, 2009

AHLAN YA RAMADHAN!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ro - Ridhwanullah (Keredhaan Allah)
Mim - Maghfiratullah (Keampunan Allah)
Dhod - Dhomanullah (Jaminan Allah)
Alif - Ulfatullah (Kemesraan Allah)
Nun - Nikmatullah (Anugerah Allah)

allahumma baarik lana fi rajab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..
sedar2 je mlm ni pengumuman tarikh puasa kat tv..
huh,,dah 2 thn xdgr pengumuman ni..xsabar rasenyer..
tapi..
ape pun..
aku rindu kemeriahan sambutan ramadhan di bumi mesir..
klu time cmni msti dah banyak lampu2 dipasang kat sane..
para pensyarah pun ramai yg buat umrah time ni..
bile jmpe org ramai msti dorg ucapkan "ramadhan kareem"..
wah rindunyer..
boleh kate ,meriah ramadhan mesir mcm sambutan syawal di malaysia..hehe
azam baru ramadhan??
teringin sgt nak dapat rase mlm lailatul qadar..
moge ramadhan ini lebih baik dr yg lepas..
Allahumma inni as aluka ridhaka wal jannah,,
wa a'uzubika min sakhotika wan nar..
allahumma ameen...

hadith nabi :

"sesiapa yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan & keikhlasan,pasti diampunkan dosa-dosanya yg lalu"

"apabila masuk bulan Ramadhan,dibuka semua pintu langit dan ditutup semua pintu neraka serta dirantaikan segala syaitan"

"tidur orang yg berpuasa itu ubadat,diamnya adalah tasbih,amalannya digandakan,doanya diperkenankan & dosanya diampunkan"

"tuhan kamu berkata,'Setiap kebajikan diberikan 10 kali ganda pahala hingga 700 kali ganda,dan puasa itu adalah untukKu dan Aku akan memberi ganjarannya,puasa itu adalah pendinding daripada neraka dan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik daripada bau kasturi di sisi Allah.."

"tidak ada puasa bagi sesiapa yg tidak berniat puasa sebelum fajar."

"ada dua kegembiraan bagi orang yg berpuasa iaitu kegembiraan sehingga mereka berbuka ataupun berhari raya dan kegembiraan sehingga mereka menemui tuhannya."

"berapa banyak orang yg berpuasa,sedangkan ganjaran kepada puasanya hanya lapar & dahaga,dan berapa banyak orang yg melakukan ibadat pada waktu malam (qiamullail) sedangkan habuannya hanya berjaga semata2.."

"orang yang berpuasa ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal,seolah-olah beliau berpuasa sepanjang tahun."

ayuh sahabat semua,,sama-sama kita tingkatkan amal ibadat kita dibulan ramadhan yg penuh dengan keberkatan ini..
RAMADHAN KAREEM!!! =)

SAY ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH..
akhirnya dapat juga ana hasilkan blog ana sendiri..thnxs to my mak liqo'yg banyak memberi sokongan & galakan..x lupa juga kpd mak abah yg menyediakan kemudahan internet & segalanya..bak kata pepatah "harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama"..tp ana bukan nak nama,,ana nak tinggalkan sesuatu yg bermanfaat pada diri,keluarga & agama..ok la tu kan..xdapat nak hasilkan buku blog pun jadilah..moga usaha kecil ini dikira sebagai amal ibadah disisi Allah s.w.t..ameen