Wednesday, September 23, 2009

seminggu berbaki..



Rabu depan ruang tamu ini bakal ku tinggalkan buat beberapa tahun lagi.Tak sanggup rasanya untuk pergi lagi,tapi aku harus tabah.Perjuanganku dalam menyambung cita-cita abah masih belum sampai ke garisan penamat.Suatu ketika dahulu abah teringin benar hendak menyambung pengajian di bumi Mesir.Tapi apa kan daya,abah kurang bernasib baik.Dahulu nak berhubungan dengan kawan susah.Tau-tau sahaja kawan seangkatan abah sudah berangkat ke Mesir.Abah layak,cuma terlepas penerbangan.Kasihan sungguh abah..



Terima kasih abah,kerana cita-cita abah Allah lorongkan hatiku ke bumi Mesir.Bersyukur dapat belajar di bumi anbiya' ini,banyak mutiara berharga yang boleh di ambil.Abah ada berpesan,,"habiskan mengaji sebelum abah pencen".Punyai maksud yang begitu mendalam bagiku.Aku punya masa 3 tahun lagi.Insya-Allah abah,nana cuba sehabis baik.

Hari ini aku menjadi penyambung cita-cita abah.Moga aku juga menjadi mata rantai perjuangan Nabi s.a.w.Aku tidak pernah memulakan perjuangan,tapi aku tidak mahu menjadi orang yang memutuskan mata rantai perjuangan.Ya Allah,pimpinlah hambaMu yang lemah ini..

Mungkinkah tahun akan datang aku akan berjumpa mak & abah lagi??Semuanya dengan izin Allah.Aku harus bersedia dengan segala kemungkinan.Allah lah sebaik-baik Pemelihara...

No comments:

Post a Comment