Monday, September 14, 2009

masih jauh..



Masih jauh rasanya..terasa hina benar diri ini pabila membaca kisah salafussaleh yang khusyuk dalam solatnya..

1-Saidina Umar r.a

Ketika hendak berwudhuk,beliau pernah ditegur oleh salah seorang sahabat,"Hai Umar,demamkah engkau kerana kelihatan seperti orang sakit."pertanyaan tersebut telah menyentuh hati Saidina Umar lalu beliau menjawab,"Hai saudaraku,tidakkah engkau tahu dengan siapa aku hendak berhadapan?"

Disini dapatlah kita memahaminya bahawa tatkala ketika beliau hendak menunaikan solat datang perasaan takut dan gerun dalam diri beliau sehingga wajahnya berubah seperti wajah orang sedang uzur dan seluruh anggotanya menjadi gementar.Keadaan ini sekurang-kurangnya lahir dari dua perasaan yang timbul di hati beliau

a-Saidina Umar merasa insaf bahawa ketika mendirikan solat,beliau akan berhadapan dengan Allah S.W.T yang Maha Besar.Beliau bimbang kalau cara beliau melakukan solat itu tidak sesuai dengan kebesaran Allah S.W.T.

b-beliau merasa cemas kerana solat merupakan pembaharuan sumpah setianya kepada Allah SWT.Di samping itu beliau menyedari entah berapa ratus kali beliau telah menyatakan sumpah kepada Allah pada hal sumpah-sumpah yang lalu telah ditunaikan entah belum.Kini beliau sekali lagi hendak memperbaharui ikrar tersebut.

2-Saidina Ali bin Abi Talib

Ketika betisnya dipanah musuh,beliau telah berpesan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat sunat.Beliau sedikitpun tidak berganjak atau menunjukkan tanda-tanda kesakitan ketika panah tersebut dicabut dari betisnya.Ini menunjukkan bahawa beliau telah menanamkan benih khusyuk itu sejak dari luar solat lagi,maka mudahlah khusyuk subur ketika didalam solat.

3-Ali Zainal Abidin

Ali Zainal Abidin adalah cucu kepada Rasulullah s.a.w Ketika sujud beliau tidak menyedari rumahnya dijilat apiapabila ditanya mengapa beliau tidak memperdulikan jeritan dari mereka yang memberitahunya akan kejadian itu,lalu dijawab:"Aku telah lupa kerana sibuk memikirkan api Neraka yang lebih besar."

4-Ammar bin Yasir dan Abbad bin Bashar

Kedua-duanya telah menawarkan diri masing-masing untuk menjaga khemah Nabi.Kedua-dua mereka telah ditugaskan berjaga-jaga disebuah puncak sebuah bukit berdekatan dengan tempat Nabe berehat.Kata Abbad kepada Ammar:"Marilah bertugas bergilir-gilir.Bagi separuh masa yang pertama aku akan berjaga supaya kamu dapat melelapkan matamu.Kemudian engkau pula berjaga supaya aku pula dapat tidur."

Ammar bersetuju.Dia pun merehatkan dirinya lalu tidur dengan nyenyaknya.Sambil menjalankan tugasnya Abbad telah mendirikan solat.Seorang peninjau pihak musuh telah melihatnya lantas melepaskan anak panah yang menembusi badan Abbad.Melihat keadaan Abbad yang masih berdiri tegak itu si peninjau tadi melepaskan lagi dua anak panahnya.

Abbad kemudiannya mencabut ketiga-tiga anak panah tersebut lalu mengejutkan Ammar.Apabila askar musuh itu melihat kedua-dua orang sahabat tersebut,dia pun melarikan diri kerana menyangka ada ramai lagi askar-askar di situ.Melihat badan Abbad yang berdarah itu,Ammar berkata:"subhanallah!".Mengapa engkau lambat membangunkan aku?".

Abbad menjawab:"Dalam Khiraat saya,saya telah membaca surah Al-Kahfi dan saya enggan memendekkannya.Apabila anak panah yang ketiga melekat di badan saya,saya berasa bimbang mengenai keselamatan Rasulullah.Saya pun segera menamatkan solat saya lalu mengejutkan kamu.Kalau tidak kerana itu sudah tentu saya akan menamatkan pembacaan surah Al-Kahfi sebelum rukuk walaupun saya terpaksa mati dipanah oleh musuh itu."

Oleh kerana asyik membaca Al-Quran,Abbad tidak gentar dengan senjata musuh.Nikmat pembacaan Al-Quran menyebabkan dia lupa kan badannya yang sakit dan berdarah itu.Subhanallah!!

Bagaimana dengan keadaan solat kita ya,,baru kene gigitan nyamuk seekor pun kita sudah gelisah dalam solat..sungguh,aku masih jauh..

Sejarah telah membuktikan para sahabat mampu menumpas dan menguasai Rom dan Farsi hanya dengan memperkemaskan ibadah mereka.Sallahudin Al-Ayyubi menekankan kepada bala tenteranya supaya bersungguh-sungguh mengamalkan amalan sunat seperti bersugi,membaca Al-Quran dan bersolat malam.Berkat dari solat dan khusyuk itu akhirnya kita berjaya merempuh kota Konstantinopel,sebuah benteng pertahanan yang cukup kuat ketika itu.

"Ya Allah,ya Tuhanku,tidak ada apa-apa yang dapat menghalangkan apa-apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau halangkan dan kekayaan tidak memberi manfaat daripada Engkau bagi si kaya.Wahai Tuhanku,tolonglah aku untuk mengingatiMu,mensyukuri Engkau dan mengelokkan ibadah kepada Engkau."

No comments:

Post a Comment