Saturday, October 30, 2010

Khas buat adik-beradik AJKT BKASM 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t…
Buat sahabat fillah,adik beradik pimpinan AJKT yang dirahmati Allah sekalian..
Di kesempatan ini ana ingin bawakan kepada sahabat-sahabat semua ciri-ciri mereka yang menghayati dan memperjuangkan Islam.

Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain.Antaranya ialah ;

1-Terikat dan menurut ajaran Islam

Iman bukan sekadar cita-cita.Iman adalah suatu yang tertanam dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan.Allah sering mengaitkan iman dengan amalan.

Firman Allah :

“…orang-orang beriman & beramal soleh…”(Al-Ashr:3)

Dalam hubungan ini Allah s.w.t mengingatkan janganlah kita mengajak orang berbuat baik sedang kita melupakan diri kita sendiri.

Firman Allah:

“ Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al-Kitab,tidakkah kamu berfikir?”(Al-Baqarah:44)

2-Mengutamakan kepentingan Islam

Sabda Rasulullah : mafhumnya ;

“Berkisarlah untuk kepentingan Islam dimana ia berkisar.”

Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud :

”Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambilberat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”

Rasulullah menjelaskan dengan lansung dengan sabda yang bermaksud :

"Engkau memegang pos-pos penting dari pos-pos Islam,maka (awas) jangan sampai musuh dapat melepasi dari penjagaanmu."

3.Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT

Berasa mulia dan yakin dengan kepada Allah adalah antara sifat-sifat orang yang beriman.Allah mengingatkan dalam Al-Quran dalam firmannya yang bermaksud :

“Janganlah kamu merasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu benar-benar beriman.” (Ali-Imran:139)

Ketika para sahabat Rasulullah saw berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya Najasyi,pederi dan pendita yang ada di istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi.Tetapi Ja’afar bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab:

“Kami tidak sujud melainkan kepada Allah SWT.”


4-Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.

Apabila kita mengaku Muslim,kita harus bekerja secara berjama’ah,bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah swt,menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran.Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim,rumahtangga muslim,masyarakat muslim dan Negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

Firman Allah swt: maksudnya;

“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash:35)

Firman Allah lagi:bermaksud;

“ bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah:2)

Sabda Rasulillah saw:maksudnya;

“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun.sebahagiannya meneguhkan sebahagian yang lain.”

“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.”

“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”

“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al Muslimin dan kepimpinan mereka.”

Semoga dengan tazkirah yang serba ringkas ini dapat mengingatkan dan menguatkan tautan hati-hati kita dalam meneruskan perjuangan risalah Nabi saw dengan sebenar-benar penghayatan.


“Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,bertemu untuk mematuhi-Mu,bersatu memikul beban dakwah-Mu,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya,kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalannnya,penuhkan hati ini dengan cahaya rabbani-Mu yang tidak kunjung malap,lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu,hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentang-Mu,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu,Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.Ya Allah,perkenankanlah permintaan ini”.




Monday, August 23, 2010

Muhasabah diri..

"Jika suatu saat
fikiranmu diliputi kekalutan
atau hatimu dibayangi kesedihan
maka
jangan sekali-kali merasa putus asa
kerana
boleh jadi
Allah telah mempersiapkan disebalik itu
kebaikan yang banyak bagimu..."

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kegagalan kali kedua terasa lebih perit dari gagal kali pertama..bangun lagi..be positif..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..teruskan perjuangan..muhasabah diri,tingkatkan prestasi..mak,abah,kawan2..mohon doa kalian!

Thursday, July 8, 2010

fa sobrun jamil...

sabarlah wahai saudaraku,
tuk menggapai cita,
jalan yang kau tempuh sangat panjang,
tak sekadar bongkah batu karang...

yakinlah wahai saudaraku,
kemenangan kan menjelang,
walau tak kita hadapi masanya,
tetaplah al-Haq pasti menang...

tanam dihati benih iman sejati,
berpadu dengan jiwa rabbani,
tempa jasadmu jadi pahlawan sejati,
tuk tegakkan kalimah illahi..

pancang tekadmu jangan mudah mengeluh,
pastikan azammu semakin meninggi,
kejayaan islam bukanlah sekadar mimpi,
namun janji Allah yang akan pasti
!

Monday, June 7, 2010

Apa ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam?

Saya mestilah hidup untuk Islam

Terdapat 3 golongan manusia:

1. manusia yang hidup untuk dunia (komunis dan yang sewaktu dengannya)
2. golongan yang sesat antara dunia dan akhirat (golongan ramai)
3. manusia yang menganggap dunia sebagai ladang akhirat (mukmin sebenar)


Bagaimana cara saya hidup untuk Islam?

1. Saya tahu matlamat hidup- iaitu untuk mengabdikan diri kepada Tuhan
2. Saya faham nilai dunia- tak sampai sebelah sayap nyamuk dan lebih hina daripada
bangkai anak kambing
3. Saya yakin dengan maut
4. Saya mesti berusaha atas ilmu-ilmu agama
5. Saya faham hakikat jahilliyah- supaya mudah menghindarinya


Sifat-sifat orang yang hidup untuk Islam


1. Praktikkan islam, bukan sekadar cakap dan berangan-angan
2. Mencari penyelesaian yang teliti sesuatu yang mendatangkan maslahat kepada Islam
3. berbangga dengan Allah
4. bekerjasama dengan jemaah Islam


Gerakan Islam, tanggungjawab, ciri-ciri dan persediaan

Tanggungjawab gerakan Islam


1. berusaha menjadikan semua manusia sebagai abdi kepada Tuhan
2. hapuskan penjajahan dan saki-bakinya ( dari segi pemikiran dan falsafah)
3. hapuskan saki-baki bidaah dan khurafat
4. yakin bahawa Islam itu dan hukumnya bersifat syumul
5. yakin akan kaedah asas Islam iaitu mengesakan Allah
6. Yakin bahawa Islam sajalah sumber kekuatan asasi kebangkitan umat
7. menganggap kufur segala sikap memperjuangkan sistem kapitalis, sosialis, komunis
dan lain-lain system buatan manusia
8. tegak menghadapi arus taghut (tamadun kebendaan, kemajuan hawa nafsu & kemewahan)
9. berusaha mewujudkan sistem-sistem berikut dalam kehidupan umat Islam:

a. sistem pertahanan dalam negeri
b. sistem hubungan antarabangsa
c. sistem kehakiman yang amali
d. sistem pertahanan dan ketenteraan yang dapat menggerakkan rakyat
e. sistem ekonomi yang dapat memberi kebebasan terhadap kekayaan, harta,
kerajaan dan individu
f. sistem pelajaran dan kebudayaan yang menghapuskan kejahilan
( bukan kebodohan )
g. sistem keluarga dan rumahtangga yang membina
h. sistem yang mengatur cara hidup individu
i. menghidupkan roh-roh dan semnagat yang dapat mengusai semua peringkat
masyarakat
j. membina individu, rumahtangga, bangsa dan kerajaan Islam


Ciri-ciri prinsip gerakan Islam

1. Gerakan Rabbani- segala-galanya bersumberkan Islam dan Al Quran. Golongan atasan
terlebih dahulu tunduk kepada syariat sebelum golongan bawah
2. gerakan yang tersendiri- bukan hidup dengan idea yang diimport
3. gerakan yang membawa kemajuan- gerakan Islamlah yang paling mampu menyelesaikan
permasalahan hidup manusia berbanding gerakan lain
4. gerakan yang syumul- tidak terbatas untuk membaiki satu-satu bahagian sahaja
5. menjauhi perselisihan dalam masalah fekah- mesti faham bahawa perselisihan memang
tidak dapat dielakkan


Ciri-ciri harakah gerakan Islam

1. Jauh daripada dipengaruhi pemerintah dan ahli politik- supaya tidak digunakan
2. bertolak ansur kerana perjuangannya panjang. Ada 3 peringkat:
a. taarif- sebarkan
b. takwin- pilih mereka yang layak
c. tanfiz- perlaksanaan
3. Utamakan amal dan banyakkan penghasilan daripada propaganda dan penerangan
4. Siasah Panjang Nafas- tidak patah di tengah jalan dan tidak tergesa-gesa untuk
mencapai hasil sebelum masanya
5. seru Islam secara lantang tetapi menjaga hal-hal kerahsiaan
6. Uzlah nafsiah, bukan jasadiah- uzlah dalaman diri, bukannya mengasingkan diri
7. Faham bahawa matlamat tidak menghalalkan cara


Persediaan gerakan Islam

Seperti orang-orang terdahulu, kita hendaklah beriman kepada:


a. Allah, pertolongan dan bantuan-Nya
b. Manhaj (method) Ilahi, keistimewaan dan kesesuaiannya
c. Persaudaraan, hak-hak persaudaraan dan kesuciannya
d. Lumayannya balasan Allah
e. Yakin bahawa kita adalah pilihan Tuhan untuk memperjuangkan agamanya

Saya mestilah mengetahui cara-cara beramal dengan Islam dan kenapa mesti dalam gerakan Islam.

1. kena tahu mengapa saya menganggotai gerakan Islam- secara kebetulan atau hasil
kajian & penelitian?
2. tahu cara-cara bergerak dalam gerakan Islam
3. Tahu dan faham bahawa gerakan islamlah yang terbaik

Pelbagai trend gerakan Islam:

1. gerakan yang bersifat kerohanian
2. bersifat kebudayaan dan ilmu
3. bersifat amal kebajikan
4. bersifat siasah


Saya mestilah mengetahui sejauh mana ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam

Penggabungan akidah
-jangan bergabung secara melulu atas semangat saja tetapi hendaklah atas dasar kefahaman


Penggabungan masa depan
-Masa depan saya adalah bergabung dengan masa depan gerakan

Cubaan-cubaan terhadap pejuang:

1.terdedah kepada pelbagai bentuk godaan, pujukan seperti harta, pangkat, kedudukan
dll
2.terdedah kepada ugutan, tekanan, siksaan dll


Saya mestilah mengetahui pemusatan amal Islam

Posisi yang dapat menjamin kejayaan Islam:


1. matlamat yang jelas
2. jalan yang terang
3. dan beriltizam dengan kedua-duanya


Petunjuk-petunjuk di sepanjang jalan yang diikuti Nabi:

1. pengisytiharan ubudian kepada Allah
2. mewujudkan satu kelompok bergerak yang diikat dengan aqidah dan keimanan kepada
Allah
3. menentang jahilliyah habis-habisan


Saya mestilah mematuhi syarat-syarat anggota & bai’ah

-Berusaha menambah bilangan ahli dalam jemaah tetapi mementingkan kualiti


Rukun bai’ah:


1. Faham


2. Ikhlas


3. Amal


4. Jihad


5. Korban


6. Taat


7. Tetap pendirian


8. Tajarrud- ikhlas terhadap fikrah yang didokong


9. Persaudaraan


10. Thiqah

jangan berhenti berdoa..




Tuesday, April 20, 2010

be positif!

"Tika kau lemah,
jadikan ALLAH sebagai tempat meluah rasa,
tika kau goyah,
kau perlu kuat kerana kau pembawa agama,
tika kau rebah,
kau harus tabah kerana kau mujahidah muda!
"Jika suatu saat
fikiranmu diliputi kekalutan
atau hatimu dibayangi kesedihan
maka
jangan sekali-kali merasa putus asa
kerana
boleh jadi
Allah telah mempersiapkan disebalik itu
kebaikan yang banyak bagimu..."
"sahabat fillah,,
kalian sentiasa bersama diwaktu susah & senang..
jazakunnallah...
semua sahabat sekeliling sentiasa membina..
syukur ya Allah..
ayuh teruskan langkah menuju daulah islamiyah!

Saturday, April 17, 2010

Bila kau bergelar dai'e...

Bila kau bergelar DAIE, kau WAJIB sedar bahawa JIWAmu TAK BOLEH lama menjadi remaja… Bak kata Imam Al-Banna : “Tanggungjawab melebihi masa yang ada” dan TARBIYYAH yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat menDEWASAkan kau…Tapi, cukupkah sekadar menerima TARBIYYAH??? Sampaikanlah pada yang lain… Bangunlah wahai SYABAB… Sedarlah wahai FATAYAT…Kalian bukan memulakan perjuangan.. Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan... Bangkitlah wahai diri!!

Saturday, April 3, 2010

sanah helwah ya ummi...

ibu..
kasih sayangmu harum umpama wangian syurga,
kan ku semat ia kukuh dalam sanubariku,
wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama,
sering mengganggu lenaku yang kini di perantauan orang..

ibuku..
segala nasihat yang kau hamparkan padaku,
kan ku semat dalam ingatanku,
kelembutan bicaramu menjadi peniup semangat,
hingga ke akhir hayatku..

ibu..
semoga nur kasih-Nya sentiasa bersama perjalanan hidupmu,
terima kasih di atas pengorbanan dan jerih perih membesarkanku..
dikaulah bidadari kayangan yang bertakhta di hatiku..

terima kasih ibuku..

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

Zainab Al-Ghazali bersama bukunya bertajuk 'Return of the Pharoah'

Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.

Pengorbanan Zainab Al-Ghazali
www.iluvislam.com
oleh: ainsHakirEen

j.i.h.a.d

Wahai kaum muslimin
Mari kita berjihad
Fisabilillah Fisabilillah
Menegak kalimah Allah
Mengumpulkan tenaga
Bersatu menegak jemaah
Bermottokan iman
Berjuang bersama - sama
Menuju kematlamatnya

Perjuangan tidak dapat elak dari ujian
Sunnatulloh yang pasti datang
Tapi itu asam garam perjuangan
Agar Allah sentiasa di dalam ingatan

Wahai kaum muslimin
Jangan takut dan gentar
Menegakkan yang haq
Memberentasi yang salah

Wahai kaum muslimin
Jangan tunggu - tunggu lagi
Mari susun barisan
Membenteras kemungkaran

Ayuh mari bersama berganding bahu
Dengan semangat waja bertindak segera

Ayuh jangan tunggu - tunggu lagi
Penat tidak akan menunggu kita
Menegakkan meruah agama
Melaksanakan semuanya..

~ayuh kita boikot barangan israel!!

Indahnya hidup

Alangkah indahnya hidup ini
Bila seisi didunia
Dibawah naungan Islam
Dan pembela agama kebenaran

Alangkah indahnya hidup ini
Insan berkelana kembali
Pemimpin menjadi payung
Dari panas mentari

Diwaktu itu pasti terjadi ulama menerangi alam
Si kaya menabur bakti membantu perjuangan Ilahi

Alangkah indahnya hidup ini
Pemudanya memagar negeri
Pemudi tiang negara
Pertahankan keamanan dunia

Oh... alangkah indahnya
Jika ia menjadi nyata
Bersama kita berdoa
Moga segera ia terjadi

~indah imaginasi..tanpa perjuangan yang hakiki,tak kan semuanya menjadi realiti..

kemalangan???

Wednesday, March 10, 2010

secebis ingatan

Bismillahi wal hamdulillah..

Terlalu banyak nikmat untuk ku syukuri pada hari ini..dengan nikmat iman dan Islam yang masih Allah kekalkan pada hari ini menguatkanku untuk terus sabar dalam melakukan ketaatan..tanggungjawab,amanah,mehnah dan tribulasi..itulah kehidupan..perlu dihadapi dengan sabar dan redha..ujian tanda kasih sayang Allah..menguji tahap keimanan,membina jiwa orang-orang yang beriman..alhamdulillah ala kulli hal..

Entri kali ini ditujukan khas buat leha yang bakal memasuki alam universiti tidak lama lagi,juga mungkin berguna buat sesiapa sahaja yang bakal bergelar mahasiswa..pertamanya,ucapan tahniah buat leha yang berjaya menitiskan air mata gembira sebagai hadiah berharga buat mak dan abah..mabruk alaik!!semoga leha terus berjaya dan dapat menyumbangkan sesuatu untuk kemenangan Islam pada masa akan datang..

Wahai adikku..
Realiti kini,suasana pembelajaran di kebanyakan universiti di Malaysia adakalanya tidak menggambarkan peribadi orang berilmu..mahasiswa yang sepatutnya menjadi agen perubah masyarakat telah bertukar situasinya..hati ibu bapa dilanda kerisauan bila anak yang dibesarkan selama ini memasuki alam universiti kerana di sana terlalu banyak dugaan dan pengaruh sosial yang membimbangkan hati..namun tidak dinafikan juga kedapatan mahasiswa yang membawa masyarakat ke arah perubahan yang positif selaras dengan kehendak syariat..tak perlu untuk kakak huraikan dengan panjang sebab kakak yakin leha tahu hakikat ini..cuma selebihnya terpulang pada leha untuk memilih antara dua selaku kita orang yang beragama Islam..

Adikku yang sangat disayangi..
Hari ini kakak ingin membawa leha berfikir untuk menyumbang sesuatu untuk kemenangan Islam di negara kita suatu hari nanti..peluang yang bakal leha nikmati nanti adalah kesempatan yang sangat berharga yang tidak patut untuk disia-siakan..formula yang telah diberi oleh Rasullalah mudah sahaja.."kalau kita ingin melihat negara kita pada masa akan datang,litahlah pemudanya pada hari ini"..

Cukuplah setakat disini dahulu nasihat dari kakak buat leha pada kali ini..untuk entri akan datang kakak akan cuba bawakan apa maksud pada memberi dengan sebanyak-banyaknya untuk agama Allah s.w.t..

~menulis untuk menyampaikan apa tidak mampu dikatakan dalam perbualan~
selamat beramal =)



Wednesday, February 24, 2010

saya mestilah dapat menguasai diri sendiri!

Di dalam kehidupan ini insan bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya ia menang dan adakalahnya ia kecundang atau ia tetap dalam pertarungan yang berterusan. Sememangnya pertarungan ini berterusan sehinggalah ajal maut menjemputnya. Firman Allah:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا(7)فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا(8)قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا(9)وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Maksudnya:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8- Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; 9- Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), 10- Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah Asy-Syams 91: Ayat 7-10)

Maksud inilah yang terkandung dalam sabda yang diisyaratkan oleh baginda s.a.w:

تعرض الفتن على القلوب كالحصير عودا عودا فأيما قلب أشربها نكت فيها نكتة السوداء وأيما قلب أنكرها نكت فيها نكتة بيضاء حتى تصير على أحد قلبين: على أبيض مثل الصفاة فلا تضره فتنة والآخر أسود مربادا لا يعرف معروفا ولا ينكر منكرا

Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran.

Dalam pertarungan menghadapi nafsu manusia terbahagi kepada 3 golongan:

1. Golongan yang tunduk mengikut hawa nafsu mereka.

Mereka hidup dengan keseronokan di atas muka bumi ini dan ingin hidup berkekalan di dunia. Mereka adalah orang-orang kafir dan orang yang mengikuti jejak langkah mereka. Golongan ini melupai (kebesaran dan nikmat) Allah, lalu Allah juga membiarkan mereka. Di dalam Al-Quran Allah menyifatkan mereka sebagai orang yang mempertuhankan hawa nafsu, firman Allah:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Maksudnya:

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?. (Surah Al-Jathiyah 45: Ayat 23)

2. Golongan yang bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya.

Dalam menentang hawa nafsunya ada kalanya golongan ini mencapai kemenangan dan ada kalanya mereka kecundang. Apabila terlibat dalam kesalahan mereka segera bertaubat. Begitu juga bila mereka melakukan maksiat mereka segera sedar dan menyesal serta memohon keampunan dari Allah. Allah berfirman:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ



Maksudnya:

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Al-'Imran 3: Ayat 135)

Inilah golongan yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

كل بني آدم خطاء وخيرا الخطاءين التوابون

"Setiap anak Adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat.

(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Sehubungan dengan pengertian inilah diriwayatkan satu kisah oleh Wahab Bin Munabbih yang mengatakan:

"Sesungguhnya Iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya bin Zakaria a.s, lalu Nabi Zakaria a.s berkata kepada Iblis: "Ceritakan kepadaku tabiat perangai manusia menurut pandangan kamu". Lalu Iblis menjawab:

1. Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu ini.

Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa).

2. Golongan yang kedua adalah mereka yang berada dalam genggaman kami sebagaimana bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kepada kami.

3. Golongan yang ketiga ialah golongan yang sangat sukar untuk kami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang dari mereka dan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan dengan istighfar itu rosaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami tercapai.

Sendi-sendi Kekuatan Dalam Memerangi Nafsu.

1. Hati: Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih, cekal dan selalu mengingati pesanan Sayidina Ali yang berbunyi:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai bejana di atas buminya iaitu hati-hati ... maka hati yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah hati yang lembut, bersih dan cekal. Kemudian Sayidina Ali mentafsirkan (kalimah-kalimah tersebut dengan) katanya: Cekal dalam pegangan agama, bersih di dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin.

Sayidina Ali juga berkata:

"Hati seorang mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit".

Al-Quran Al-Karim memberi gambaran tentang hati orang-orang mukmin menerusi firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا

Maksudnya:

Orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman mereka. (Surah Al-Anfal 8: Ayat 2)

Dalam menggambarkan sifat-sifat hati orang kafir pula Allah menjelaskan:

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Maksudnya:

Kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah Al-Hajj 22: Ayat 46)

Allah juga berfirman:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Maksudnya:

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?. (Surah Muhammad 47: Ayat 24)

2. Akal: Akal adalah (ciptaan Allah) yang dapat melihat, mempunyai daya memahami sesuatu, mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmunya di mana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan diri dengan Allah, mengetahui keagungan Allah serta kekuatannya. Akal seperti inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Maksudnya:

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Surah Al-Fatir 35: Ayat 28).

Rasulullah s.a.w menyebut betapa tingginya nilai akal ini dalam sabdanya:

ما خلق الله خلقا أكرم عليه من العقل

"Allah tidaklah mencipta suatu kejadian yang lebih mulia dari akal".

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayidina Ali Karramallahu wajhah:

إذ تقرب الناس إلى الله تعالى بأنواع البر فتقرب أنت بعقلك

"Apmanusia mendampingi Allah dengan melakukan berbagai amalan kebajikan maka engkau dampingilah Allah dengan akal fikiran engkau".

Baginda juga bersabda:

ما اكتسب رجل مثل فضل عقل يهدي صاحبه إلى هدى ويرده عن ردي

"Tidaklah beruntung seorang lelaki (dengan satu pemberian) dibandingkan dengan kelebihan kurniaan akal yang dapat membimbing pemiliknya kepada petunjuk dan menahannya dari perkara yang buruk". (Hadis riwayat Al-Mujbir)

Oleh kerana betapa tingginya nilai akal, maka Islam menganjurkan agar akal diisi dengan ilmu dan makrifat serta mendalami segala urusan agama agar dengan ilmu-ilmu itu akal menjadikannya sebagai sebab-akibat yang memandu segala tindakan, membezakan di antara yang buruk dengan yang baik, di antara yang hak dengan yang batil sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya diberikan kefahaman yang mendalam dalam agama".

Sabda baginda lagi:

فضل العالم على العابد كفضلي على أدنى رجل من أصحابي

"Kelebihan (keutamaan) seorang 'alim atas seorang 'abid (ahli ibadat) adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah dari sahabat-sahabatku".

Semua ini membuktikan betapa tingginya nilai dan kesan akal dalam proses membina kekuatan insan di dalam diri manusia. Dengannya manusia dapat mengenali serta dapat menyelami hakikat alam semesta dan rahsianya.

Oleh yang demikian akal seorang mukmin itu adalah akal fikiran yang waras, dapat membezakan buruk dan baik, halal dan haram, kebaikan dan kemungkaran kerana ia melihat segala perkara dengan cahaya Allah yang dapat menembusi di sebalik tutupan yang halus. Firman Allah:

وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ

Maksudnya:

Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (Surah Al-Nur 24: Ayat 40).

Cahaya akal seseorang mukmin itu sentiasa bersinar, tidak dapat dipadamkan kecuali oleh kerja-kerja maksiat yang berkekalan, dilakukan pula secara terang-terangan dan tidak pula diikuti dengan taubat. Rasulullah s.a.w menjelaskan:

من قارف ذنبا فارقة عقل لا يعود إليه أبدا

"Sesiapa yang melakukan dosa maka bercerailah akalnya dari dirinya, ia tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya".

Baginda s.a.w juga bersabda:

لولا أن الشياطين يهمون على قلوب بني آدم لنظروا إلى ملكوت السموات والأرض

"Kalaulah tidak kerana syaitan-syaitan itu mengelilingi hati anak-anak Adam nescaya mereka dapat melihat (merenung) kerajaan Allah di langit dan di bumi".

Anas bin Malik r.a menceritakan:

لما دخلت على عثمان رضى الله عنه وكنت قد لقيت إمرأة في طريقي فنظرت إليها شزرا وتأملت محاسنها فقال عثمان لما دخلت: يدخل أحدكم وآثر الزنا على عينيه أما علمت أن زنا العينين النظر؟ لتتوبن أو لأعزرنك؟ فقلت أوحى بعد النبي؟ فقال: لا ولكن بصيرة وبرهان وفراسة صادقة

"Semasa aku masuk menemui Othman bin Affan r.a aku bertemu seorang wanita dalam perjalanan, lalu aku sempat mengerling memandangnya dan tertarik kepada kecantikannya. Lalu semasa aku menemuinya Othman berkata kepadaku: "Seorang dari kamu menemuiku sedangkan kesan zina kelihatan pada kedua matanya". Adakah engkau mengetahui bahawa zina mata itu ialah memandang? Hendaklah kamu bertaubat atau aku akan mengenakan hukuman takzir. Lalu akupun bertanya? Adakah lagi wahyu (kepadamu) selepas Nabi? Maka Othman menjawab: "Tidak, tetapi (dengan pandangan) basirah hati burhan dan firasat yang benar".

Tanda-tanda Ketewasan Jiwa

Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati manusia telah menjadi padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya, kerana syaitan itu meresap ke dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran di dalam tubuhnya.

Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah:

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ

Maksudnya:

"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa kepada Allah". (Surah Al-Mujadalah 58: Ayat 19)

Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh Al-Quran Al-Karim yang menyatakan:

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ(16)ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Maksudnya:

Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; 17- Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (Surah Al-A'raf 7: Ayat 16-17)

Sebenarnya selain dari penyakit di atas terdapat satu penyakit lain yang paling berbahaya iaitu penyakit was-was, syaitan menyebabkan mereka merasa was-was dalam setiap urusan hidup mereka dengan tujuan memesongkan mereka dari jalan Allah. Dalam hal ini Rasulullah bersabda:

إن الشيطان قعد لإبن آدم بطريق فقعد له بطريق الإسلام فقال: أتسلم وتركت دينك ودين آبائك؟ فعصاه وأسلم ثم قعد له بطريق الهجرة فقال: أتهاجر؟ أتدع أرضك وسماءك؟ فعصاه وهاجر ثم قعد له بطريق الجهاد فقال: أتجاهد وهو تلف النفس والمال فتقاتل فتقتل فتنكح نساؤك

"Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara. Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek-moyangmu? Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam. Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalau dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah. Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: "Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah s.w.t memasukkannya ke dalam syurga". (Hadis riwayat Al-Nasa'i)

Alangkah baiknya jikalau anda dapat menatap kisah antara syaitan dan seorang Rahib Bani Israil dalam tafsir ayat Surah Al-Hasyr 59: Ayat 16. Yang bermaksud:

كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya:

"(Pujukan orang-orang munafik itu) samalah dengan (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Kufurlah kamu. Maka tatkala manusia itu telah kafir dia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam".

Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan.

Bagi membantu manusia bagi menghadapi hasutan syaitan dan serangan-serangan Iblis, Islam telah menunjukkan kepada manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengan syaitan seterusnya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang dari para salihin dengan katanya:

"Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri melalui sepuluh pintu:

Pertama:

Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua:

Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.

Ketiga:

Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.

Keempat:

Kagum terhadap diri sendiri ('Ujub), lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yaburuk.

Kelima:

Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghaddengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam:

Hasad (dengki), lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada (qana'ah) dan reda terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.

Ketujuh:

Riya' dan sukakan pujian orang. Lalu aku menghadapinya dengan ikhlas.

Kelapan:

Bakhil (kedekut), lalu aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah.

Kesembilan:

Takabbur (membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dengan rasa tawaduk.

Kesepuluh:

Tamak haloba, lalu aku menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.

Di antara arahan-arahan yang di anjurkan oleh Islam sebagai jalan untuk mengelak serangan dan tipu daya syaitan ialah agar sentiasa seseorang itu mengingati Allah apabila memulakan setiap pekerjaan. Satu riwayat daripada Abu Hurairah berhubung dengan hal ini menyebutkan: "Syaitan bagi orang-orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang-orang kafir, lalu di dapati syaitan bagi orang-orang kafir dalam keadaan gemuk-montel sedangkan syaitan bagi orang-orang mukmin dalam keadaan kurus kering bertelanjang dan kusut masai. Lalu syaitan bagi orang-orang kafir itu bertanya kepada syaitan bagi orang-orang mukmin: Kenapa kamu kurus kering?. Lalu ia menjawab: "Aku bersama seorang lelaki yang apabila ia makan ia menyebut nama Allah, lalu aku terus kelaparan, apabila ia minum ia menyebut nama Allah, lalu aku terus dalam keadaan dahaga, apabila ia memakai pakaian ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus bertelanjang. Apabila ia memakai minyak rambut juga ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus kusut masai". Kemudian syaitan bagi orang-orang kafir itu berkata: "Tetapi aku bersama lelaki yang tidak berbuat demikian sedikitpun, maka bolehlah aku berkongsi makan, minum dan pakai dengannya".

Di antara cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan menghadapi tipu daya dan godaan syaitan ialah dengan cara:

1. Janganlah terlalu kenyang apabila makan meskipun menghadapi makanan yang baik dan halal kerana Allah berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا

Maksudnya:

"Makanlah dan minumlah, tetapi jangan kamu berlebihan". (Surah Al-A'raf 7: Ayat 31)

Rasulullah s.a.w juga bersabda mengingatkan, maksudnya:

"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan". (Hadis riwayat Ahmad)

2. Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah syaitan akan mengunyah hatinya".

(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)

3.Tidak tergopoh gapah dalam sebarang pekerjaan kerana mengingati pesanan Rasulullah s.a.w:

"Bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah".

Sebenarnya ruang ini adalah terbatas untuk menyebut semua sebab, amal-amal dan pesanan-pesanan yang dianjurkan oleh Islam untuk menjaga diri dari serangan dan godaan syaitan. Memadailah di sini kita melihat firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah Al-A'raf 7: Ayat 201)

p.e.r.j.u.a.n.g.a.n

selangkah ke alam perjuangan
beerti selamanya dalam kepahitan...

....................................

memulakan langkah memang perit..
bertatih..
jatuh...
dan bangun semula..
kadang-kadang tanpa tangan menghulurkan bantuan..
terasa diri kembara sendirian..
mimpikan syurga idaman..
tetapi diri tak tahan ujian..
kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur..
titisan air mata kecewa..
rupanya masih sedikit kasih dan cinta ini dipadu...
mekar dalam jambangan..
kekal dalam PERJUANGAN ISLAM...

.................................................

bila ditanya mengapa berjuang itu pahit??
kerana syurga itu manis...

10 wasiat Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.