Sunday, December 6, 2009

moga abah cepat sembuh...



Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..

Baru semalam mendapat khabar dari adik,,katanya tangan abah retak..aduh,,hiba sungguh rasa hati ini..tangan yang gigih mencari rezeki untuk kami sekeluarga telah ditimpa musibah..kecelakaan yang menimpa abah ketika bersukan tempoh hari menyebabkan abah dicutikan selama 3 minggu..

alhamdulillah ala kulli hal..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..ketika ini usia abah hampir mencecah 53tahun..mungkin inilah masanya untuk abah berehat seketika sebelum meneruskan semula usaha mencari rezki yang pastinya tak kan jatuh dengan sendirinya..

Lihatlah abah,,masih tersenyum dalam kesakitan..hakikat di hati,hanya Allah yang tahu..senyuman itu yang selalu memberi semangat pada diri ini..senyuman yang mengajar erti kesabaran n ketabahan..begitulah abah..banyak yang aku kagum padanya..
terima kasih mak abah..

Buat leha,ajib dan upi,jaga mak abah elok-elok ye..kakak cuma dapat iringkan doa dari perantauan,moga abah cepat sembuh..allahumma ameen..

Tuesday, October 27, 2009

hadiah dari mak liqo'..

Pejuang…
Dunia hari ini menyaksikan kegersangan..
Pewaris agung risalah baginda Rasulullah S.A.W..
Tegarkah dirimu melihat keagungan Islam kian lenyap..
Hilang di bawa arus ketamadunan dunia yang kian pudar serinya..
Hari demi hari tanpa meninggalkan kesan..
Sanggupkah kalian menemui Rabbul Izzati bersama amanah
yang belum tertunai??
Sanggupkah???

Mujahid..Mujahidah..
Perjuangan kita masih belum selesai..
Selagi nyawa di kandung badan..
selagi mata masih bersinar..
Selagi urat masih berdenyut..
selagi matahari belum terbit di barat..
Selagi Islam belum terpasak di bumi..
Selagi itulah amanah ini belum selesai....

Wahai sahabat sekalian...
siapkanlah diri kalian sebaik mungkin untuk menempuhi..
dugaan yang bakal mendatang..
bekalkan dirimu dengan KEIMANAN dan KETAQWAAN..
agar bisa menjadi seperti para sahabat terdahulu..
Adakah ruang itu masih berbaki untuk kalian perbaiki kesilapan lalu..
Membiarkan Islam di tindasi kafir durjana? Masih adakah???

Ingatlah wahai pejuang...
Dalam meneruskan amanah ini pelbagai dugaan yang mendatang..
Hadapilah ia dengan kesabaran dan ketaqwaan...
Janganlah mengira dugaan secubit dugaan ini..
diri kalian lemah..
dan semangat pudar..
Kalian futur sebelum tiba saat dan waktunya..

Marilah wahai pejuang sekalian..
Kita mengorak langkah bersama berganding..
menunaikan hak dan amanah ini..
Jangan kalian putus asa,
Bukankah kalian mahu Islam bersinar gemilang???

Ingatkah kalian...
Ikrar dan janji kalian sewaktu tika dahulu?
”diriku ini ku wakafkan hanya untuk Islam,
selagi mataku masih belum terpejam,
selagi jasadku belum diselimuti tanah”

Pejuang sekalian..
seandainya langkahmu terhenti..
Corakilah semula!!
sabar dan kuatkan kembali semangat!!
Sememangnya hidup sebagai JUNDULLAH itu penuh kegetiran..
Thabatlah kalian wahai pejuang di jalanNYA..

Ingatlah syurga yang dijanjikan buat kalian..
Biarlah segetirmana dugaan yang mendatang..
Ianya hanya seketika cuma di dunia ini..
Takbir...Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar!!!!

jazakillahu khaira jazak buat mak liqo'ku,mak n abah juga seluruh sahabat seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan dan galakan dalam setiap gerak langkah perjuanganku..diri ini rasa teruji dengan amanah yang Allah beri buat kali ini..ia bukanlah satu tasyrifan malahan ia adalah taklifan dan tarbiyah dari Allah s.w.t..tanggungjawab ini sangat besar..demi Islam sanggupku korbankan segala-galanya..ya Allah,pandulah gerak langkahku,moga aku dapat menjalankan amanah ini sebaik mungkin..

Wednesday, September 23, 2009

seminggu berbaki..



Rabu depan ruang tamu ini bakal ku tinggalkan buat beberapa tahun lagi.Tak sanggup rasanya untuk pergi lagi,tapi aku harus tabah.Perjuanganku dalam menyambung cita-cita abah masih belum sampai ke garisan penamat.Suatu ketika dahulu abah teringin benar hendak menyambung pengajian di bumi Mesir.Tapi apa kan daya,abah kurang bernasib baik.Dahulu nak berhubungan dengan kawan susah.Tau-tau sahaja kawan seangkatan abah sudah berangkat ke Mesir.Abah layak,cuma terlepas penerbangan.Kasihan sungguh abah..



Terima kasih abah,kerana cita-cita abah Allah lorongkan hatiku ke bumi Mesir.Bersyukur dapat belajar di bumi anbiya' ini,banyak mutiara berharga yang boleh di ambil.Abah ada berpesan,,"habiskan mengaji sebelum abah pencen".Punyai maksud yang begitu mendalam bagiku.Aku punya masa 3 tahun lagi.Insya-Allah abah,nana cuba sehabis baik.

Hari ini aku menjadi penyambung cita-cita abah.Moga aku juga menjadi mata rantai perjuangan Nabi s.a.w.Aku tidak pernah memulakan perjuangan,tapi aku tidak mahu menjadi orang yang memutuskan mata rantai perjuangan.Ya Allah,pimpinlah hambaMu yang lemah ini..

Mungkinkah tahun akan datang aku akan berjumpa mak & abah lagi??Semuanya dengan izin Allah.Aku harus bersedia dengan segala kemungkinan.Allah lah sebaik-baik Pemelihara...

Friday, September 18, 2009

salam lebaran buat semua..

Monday, September 14, 2009

masih jauh..



Masih jauh rasanya..terasa hina benar diri ini pabila membaca kisah salafussaleh yang khusyuk dalam solatnya..

1-Saidina Umar r.a

Ketika hendak berwudhuk,beliau pernah ditegur oleh salah seorang sahabat,"Hai Umar,demamkah engkau kerana kelihatan seperti orang sakit."pertanyaan tersebut telah menyentuh hati Saidina Umar lalu beliau menjawab,"Hai saudaraku,tidakkah engkau tahu dengan siapa aku hendak berhadapan?"

Disini dapatlah kita memahaminya bahawa tatkala ketika beliau hendak menunaikan solat datang perasaan takut dan gerun dalam diri beliau sehingga wajahnya berubah seperti wajah orang sedang uzur dan seluruh anggotanya menjadi gementar.Keadaan ini sekurang-kurangnya lahir dari dua perasaan yang timbul di hati beliau

a-Saidina Umar merasa insaf bahawa ketika mendirikan solat,beliau akan berhadapan dengan Allah S.W.T yang Maha Besar.Beliau bimbang kalau cara beliau melakukan solat itu tidak sesuai dengan kebesaran Allah S.W.T.

b-beliau merasa cemas kerana solat merupakan pembaharuan sumpah setianya kepada Allah SWT.Di samping itu beliau menyedari entah berapa ratus kali beliau telah menyatakan sumpah kepada Allah pada hal sumpah-sumpah yang lalu telah ditunaikan entah belum.Kini beliau sekali lagi hendak memperbaharui ikrar tersebut.

2-Saidina Ali bin Abi Talib

Ketika betisnya dipanah musuh,beliau telah berpesan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat sunat.Beliau sedikitpun tidak berganjak atau menunjukkan tanda-tanda kesakitan ketika panah tersebut dicabut dari betisnya.Ini menunjukkan bahawa beliau telah menanamkan benih khusyuk itu sejak dari luar solat lagi,maka mudahlah khusyuk subur ketika didalam solat.

3-Ali Zainal Abidin

Ali Zainal Abidin adalah cucu kepada Rasulullah s.a.w Ketika sujud beliau tidak menyedari rumahnya dijilat apiapabila ditanya mengapa beliau tidak memperdulikan jeritan dari mereka yang memberitahunya akan kejadian itu,lalu dijawab:"Aku telah lupa kerana sibuk memikirkan api Neraka yang lebih besar."

4-Ammar bin Yasir dan Abbad bin Bashar

Kedua-duanya telah menawarkan diri masing-masing untuk menjaga khemah Nabi.Kedua-dua mereka telah ditugaskan berjaga-jaga disebuah puncak sebuah bukit berdekatan dengan tempat Nabe berehat.Kata Abbad kepada Ammar:"Marilah bertugas bergilir-gilir.Bagi separuh masa yang pertama aku akan berjaga supaya kamu dapat melelapkan matamu.Kemudian engkau pula berjaga supaya aku pula dapat tidur."

Ammar bersetuju.Dia pun merehatkan dirinya lalu tidur dengan nyenyaknya.Sambil menjalankan tugasnya Abbad telah mendirikan solat.Seorang peninjau pihak musuh telah melihatnya lantas melepaskan anak panah yang menembusi badan Abbad.Melihat keadaan Abbad yang masih berdiri tegak itu si peninjau tadi melepaskan lagi dua anak panahnya.

Abbad kemudiannya mencabut ketiga-tiga anak panah tersebut lalu mengejutkan Ammar.Apabila askar musuh itu melihat kedua-dua orang sahabat tersebut,dia pun melarikan diri kerana menyangka ada ramai lagi askar-askar di situ.Melihat badan Abbad yang berdarah itu,Ammar berkata:"subhanallah!".Mengapa engkau lambat membangunkan aku?".

Abbad menjawab:"Dalam Khiraat saya,saya telah membaca surah Al-Kahfi dan saya enggan memendekkannya.Apabila anak panah yang ketiga melekat di badan saya,saya berasa bimbang mengenai keselamatan Rasulullah.Saya pun segera menamatkan solat saya lalu mengejutkan kamu.Kalau tidak kerana itu sudah tentu saya akan menamatkan pembacaan surah Al-Kahfi sebelum rukuk walaupun saya terpaksa mati dipanah oleh musuh itu."

Oleh kerana asyik membaca Al-Quran,Abbad tidak gentar dengan senjata musuh.Nikmat pembacaan Al-Quran menyebabkan dia lupa kan badannya yang sakit dan berdarah itu.Subhanallah!!

Bagaimana dengan keadaan solat kita ya,,baru kene gigitan nyamuk seekor pun kita sudah gelisah dalam solat..sungguh,aku masih jauh..

Sejarah telah membuktikan para sahabat mampu menumpas dan menguasai Rom dan Farsi hanya dengan memperkemaskan ibadah mereka.Sallahudin Al-Ayyubi menekankan kepada bala tenteranya supaya bersungguh-sungguh mengamalkan amalan sunat seperti bersugi,membaca Al-Quran dan bersolat malam.Berkat dari solat dan khusyuk itu akhirnya kita berjaya merempuh kota Konstantinopel,sebuah benteng pertahanan yang cukup kuat ketika itu.

"Ya Allah,ya Tuhanku,tidak ada apa-apa yang dapat menghalangkan apa-apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau halangkan dan kekayaan tidak memberi manfaat daripada Engkau bagi si kaya.Wahai Tuhanku,tolonglah aku untuk mengingatiMu,mensyukuri Engkau dan mengelokkan ibadah kepada Engkau."

Thursday, September 10, 2009

reunion 6 stam samth bech 2006



ATUR CARA PROGRAM :

*PENDAFTARAN
*UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
*UCAPAN PENGARAH PROGRAM
*MESYUARAT AGUNG
*SOLAT ZOHOR
*SAMBUNGAN MESYUARAT AGUNG
*PENGALAMAN IPT/MULTIMEDIA
*SOLAT ASAR
*SAMBUNGAN PENGALAMAN IPT
*MAJLIS BERBUKA PUASA
*SLIDE SHOW MASJID NABAWI
*SOLAT MAGHRIB
*MAKAN MALAM
*TITISAN SEMANGAT (UST. NAJHAN)
*SOLAT SUNAT TARAWIH
*BERSURAI...

Sunday, September 6, 2009

Selamat bersahur adik-adik baru..


Baru sebentar tadi berchatting dengan sahabat-sahabat di Mesir.Mereka sedang rewang membuat persediaan sahur.Sedap sungguh menu nasi lemak yang bakal dinikmati nanti.Inilah bukti kasihnya senior-senior pada adik-adik sekalian.Kalau di rumah dahulu ibu yang mengejutkan kita untuk bangun sahur,kini senior-senior yang ada di sekeliling adik-adiklah yang menggantikan tempatnya.

Buat adik-adik..
Tak terlambat rasanya untuk akak ucapkan "ahlan wasahlan wa marhaban bikum" ke bumi mesir.Tanamkan azam dalam diri,kuatkan semangat untuk mencapai cita-cita yang diimpi.Sebelum melangkah memulakan pengajian,carilah senior-senior yang cemerlang,timba pengalaman dari mereka sebanyak-banyaknya,dari sudut teknik belajar terutamanya.Moga satu hari nanti kalian menjadi insan yang berbakti pada agama,bangsa dan negara.

Selamat bersahur semua!jumpa lagi di penghujung september nanti..